← Kembali ke Profil

Bendera Sekolah

Makna di sebalik bendera Sekolah Kebangsaan Seri Geliga.

Pengenalan

Bendera ialah sepotong kain yang dipakai sebagai wahana untuk menggambarkan simbol sebuah negara ataupun sesuatu entiti. Bendera awal digunakan dalam penyelarasan tentera di medan tempur, namun kini lebih berfungsi sebagai alat pengisyaratan dan pengenalan.

Sebagai sebuah institusi pendidikan, bendera sekolah sangat memainkan peranan sebagai wadah pengenalan diri dalam sesebuah aktiviti atau acara yang disertai. Setiap perlambangan yang ada di dalam bendera sekolah mempunyai maksud-maksud yang tertentu.

Logo Sekolah

Logo sekolah terdapat di tengah-tengah bendera melambangkan semua warga sekolah akan berusaha menjaga kecemerlangan sekolah dalam apa jua bidang yang diceburi.

Warna

Warna hijau: Melambangkan keindahan, ketinggian akhlak pelajar, keluhuran budi dan jasa kepada sekolah.

Warna kuning: Melambangkan Raja Berpelembagaan dan juga melambangkan suasana ceria dan harmoni yang dititikberatkan dalam fungsi sekolah itu sendiri.