← Kembali ke Profil

Logo Sekolah

Makna di sebalik lambang kebanggaan Sekolah Kebangsaan Seri Geliga.

Bentuk

Lencana sekolah ini yang berbentuk bulatan menunjukkan lambang kesepaduan Matlamat Pendidikan Negara. Manakala bulatan yang dipecah kepada enam bahagian menunjukkan pendidikan yang berasas kepada prinsip Rukun Iman yang menjadi panduan bagi mencapai matlamat falsafah sekolah ini.

Simbol

Simbol-simbol yang terdapat dalam logo sekolah SKSG ialah Jata Negeri Terengganu, pelajar dan buku, empat gelang dan motto sekolah.

Jata Negeri Terengganu: Menunjukkan kebanggaan warga sekolah yang diterajui oleh kepimpinan kerajaan negeri Terengganu Darul Iman.

Pelajar dan buku: Melambangkan kepentingan ilmu menjadi teras kejayaan sekolah.

Empat gelang: Melambangkan penekanan yang diberikan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan kerjasama ibu bapa.

Motto sekolah: USAHA TEKUN JAYA menunjukkan matlamat kejayaan di bidang kurikulum seiring dengan ko-kurikulum sekolah.

Warna

Logo sekolah terdapat lima warna perlambangan bagi sekolah ini. Warna-warna itu seperti warna hijau, putih, kuning, biru dan merah.

Warna hijau: Melambangkan keindahan, ketinggian akhlak pelajar, keluhuran budi dan jasa kepada sekolah.

Warna putih: Melambangkan kesucian Agama Islam yang menjadi panduan di dalam segala aktiviti.

Warna kuning (atas): Melambangkan Raja Berpelembagaan.

Warna kuning (bawah): Melambangkan suasana ceria dan harmoni.

Warna biru: Melambangkan warna kemegahan sekolah, kesungguhan dan kerjasama erat semua warga sekolah.

Warna merah: Melambangkan semangat, keberanian dan cita-cita yang tinggi.